>Antara GTP dan Buku Jingga.

>

Dato Seri Najib mengambil alih tampuk kerajaan ialah pada 3 April 2009. Bermakna sudah hampir 2 tahun Dato Seri mengemudi kerajaan Malaysia. Tahun lepas, Dato Seri melancarkan Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP yang merangkumi beberapa perkara penting. Selepas lebih setahun, GTP telah menghasilkan kejayaan di beberapa hal yang amat penting pada rakyat. Kejayaan ini diperakui bukan sahaja di Malaysia, malah oleh badan-badan antarabangsa.
Pakatan Rakyat pula menang di Selangor (dan beberapa negeri) pada 2008. Sekarang, sudah 3 tahun mereke memerintah di Selangor iaitu lebih lama dari tempoh Dato Seri Najib sebagai PM. Walaupon Pakatan juga ada beberapa visi seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor dan melunaskan janji untuk memberi air percuma kepada rakyat, namun bukan semua rakyat Selangor dapat menikmati air percuma ini. Selain itu, tiada indikator yang jelas menunjukkan kejayaan-kejayaan mereka dalam janji-janji yang telah dibuat, membuatkan ianya hanya retorik semata-mata. Sebaliknya wang-wang kerajaan negeri dan agensi berkaitan kerajaan negeri pula makin menyusut. Laporan audit Yayasan Selangor pula menunjukkan beberapa unsur-unsur salah guna kuasa mengakibatkan agensi itu hilang RM60 juta dalam masa 3 tahun, ditambah pula dengan defisit sebanyak RM7 juta. Kemudian mereka membuat pula janji baru iaitu buku Jingga. Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor langsung tidak ada sebarang wawasan atau visi untuk meningkatkan prestasi ekonomi Selangor. Sebaliknya ceramah-ceramahnya hanya untuk mencaci, dan mengeji Barisan Nasional di samping mempertahankan kes-kes peribadinya sahaja. 
Sebagai rakyat, bagaimana kita hendak mempercayai kepada kerajaan yang belum lagi lunaskan janji-janji dulu dan buka pula janji baru? Lebih-lebih kalau dibandingkan Dato Seri Najib hanya mengambil 2 tahun untuk membuahkan hasil untuk seluruh negara, tetapi Pakatan sudah perintah selama 3 tahun, dan untuk peringkat negeri sahaja, tiada kemajuan dicipta untuk rakyat Selangor. Jadi apa sebenarnya Pakatan buat untuk negeri Selangor?Tepuk dada tanya iman. Berhati-hati dengan saudagar mimpi…
About these ads

About ikrarpemuda

Ikrar Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Puchong
This entry was posted in Chief Minister of Selangor, Dato Seri Najib Tun Razak, Government transformation plan, Pelan transformari kerajaan, Prime Minister of Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s