Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Apa maksud Anwar, “Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT”??
Apa yg cuba Anwar buktikan?? Orang kafir pon sembah Allah SWT?? Adakah Anwar cuba bersaing dengan konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Dato Seri Najib dengan konsep 1Tuhan??atau 1Allah??
Anwar seharusnya bertaubat…namun jika dia tidak dan masih meneruskan agenda dia sebegini, harap dia akan mendapat balasan yang setimpal