>Satim Diman dilantik menjadi Ketua Pembangkang Selangor

>

Seperti apa yang telah kami lapor sebelum ini, maka sah sudah ADUN N29 Sri Serdang  yang juga Ketua Bahagian UMNO Puchong telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor Darul Ehsan. Perlantikan ini adalah untuk menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang meletakkan jawatan tersebut tahun lalu. Di peringkat UMNO negeri, Datuk Dr Mohamad Satim pernah menjawat jawatan Pemangku Ketua Pembangkang dan juga sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor. Di peringkat DUN pula, Datuk Satim juga pernah dilantik menjadi Timbalan Speaker bagi DUN Selangor pada 2004-2008.
Dengan perlantikan ini, maka bermulalah satu era baru bagi UMNO di Selangor. Jawatan yang dilantik ini bukanlah satu kemegahan, namun ia merupakan satu cabaran yang besar buat Satim dalam merampas kembali pemerintahan kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Mstar melaporkan:
“Tanggungjawab ini cukup besar namun saya akan cuba memberikan yang terbaik. Saya akan rangka strategi dan gerakan jentera untuk tawan semula Selangor. Sudah terbukti kita ada rekod yang baik selama memerintah Selangor sebelum ini.”
Satim akan memulakan tugas baru beliau bermula pada akhir bulan ini apabila Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang.

About ikrarpemuda

Ikrar Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Puchong
This entry was posted in Dato Dr Mohamad Satim Diman, Ketua Pembangkang Selangor, UMNO Puchong. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s