>Haji Hadi: Dulu hina orang Sarawak pakai cawat, sekarang nak tagih undi mereka

>

Hmm..memancing ke depan, tapi pandang lain..tengok apa tu Tok Adi? Berhentilah jadi Presiden, boleh pancing macam-macam

Mstar.com.my melaporkan bahawa Haji Hadi memberitahu berkenaan dengan pengundi di Sarawak tidak mustahil akan buat perubahan. Kononnya dia mahu mengatakan bahawa pengundi-pengundi di Sarawak akan menyokong Pakatan Rakyat kerana kemenangan DAP di Sibu dalam pilihanraya kecil lepas.

Tidak Mustahil Pengundi Sarawak Akan Buat Perubahan, Kata Abdul Hadi


BESUT: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.


“Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini,” katanya.


Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh sini, Ahad.

Namun pengundi-pengundi di Sarawak sudah pasti tidak akan melupakan bagaimana Haji Hadi menghina warga Sarawak jika mereka tidak mengundi PAS. Sayangnya, Haji Hadi buat-buat lupa dengan kenyataan cabul nya itu.

Kami pernah menulis berkenaan kenyataan Haji Hadi mengenai pengundi di Sarawak ketika Pilihanraya kecil Sibu dulu di sini dan di sini:

Haji Hadi berkata:
“Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi.”
Dia tambah lagi bara: 
“Saya bukan hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS“, katanya.
Mulut Haji Hadi langsung tiada ciri-ciri mulut orang beragama. Otaknya yang penuh dengan nafsu politik itu lah yang membuat percakapannya itu busuk seumpama bangkai. Kenyataannya itu sebagai satu penghinaan kepada semua rakyat Sarawak apatah lagi Haji Hadi bukannya pemimpin peringkat cawangan, bahagian atau negeri Parti, tetapi seorang PRESIDEN PAS!!
Ini kah cara ISLAM PAS yang mereka mahu orang lain ikut? Bila kalah hina dan caci, hanya suka bila sokong. Inikah politik cara Islam yang dilaung-laungkan PAS. Sehingga kini Haji Hadi tidak langsung meminta maaf berhubung kenyataan yang dia berikan tersebut walaupun sudah di desak oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.
Dan yang paling pelik, sekarang dengan muka tak tau malu, mahu pula raih undi seluruh negeri Sarawak.

About ikrarpemuda

Ikrar Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Puchong
This entry was posted in Haji Hadi, hina orang sarawak, pakai cawat, PAS bodoh, president. Bookmark the permalink.

3 Responses to >Haji Hadi: Dulu hina orang Sarawak pakai cawat, sekarang nak tagih undi mereka

  1. Anonymous says:

    >sepuluh atau duapuluh tahun dulu..apa yang kita kata pasti dah lupa..tapi arang yang mendengar tak kan lupa..tak ada apa yang pas boleh buat,hanya sekadar CAKAP saja..

  2. Anonymous says:

    >serban je harap tinggi, tapi hati kaudu…malu la wei bawak nak islam..tapi dok hina org kalau tak undi PAS..pigi dah..ini namanya tok guru samdol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s