>Lepas Yayasan Selangor, PKNS pon dah nak melingkup?

>

Aku tokoh korporat, ko nampak surat ni..ni surat aku nak berhenti hehehe…
Khalid..khalid..lepas satu..satu kau jahanamkan negeri Selangor ni. Haritu kau lanyak cukup-cukup duit Yayasan Selangor sampai kering RM60 juta. PKNS pon kau taram jugak. Pegawai PKNS sendiri ada, dia pergi lantik plak orang luar untuk buat kerja yang sama. Masalahnya lagi satu, gaji yang dibayar punya lah mahal, sampai RM93, 000 sebulan hanya untuk pegawai-pegawai baru ni sahaja. Mstar melaporkan:
“Abdul Shukor mempersoalkan mengapa PKNS membayar seorang perunding untuk membuat kerja-kerja berkaitan teks ucapan Pengurus Besarnya dengan bayaran RM7,500 sebulan sedangkan perbadanan itu sudah ada pegawai akhbar dan pegawai perhubungan awam.

Beliau juga mempersoalkan pegawai-pegawai kontrak yang dilantik datang dari syarikat swasta dan mereka tiada pengalaman dalam pelbagai peraturan kewangan kerajaan.

Abdul Shukor menambah, Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Selangor dalam laporannya mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas.”
Kewangan PKNS adalah tidak memuaskan? Apa yang Khalid ni buat sebenarnya ni? Macam ni ke Menteri Besar Pakatan? Asyik melingkup je agensi negeri…kalau macam ni duit tinggi gunung everest pon habis. Lepas ni apa pulak nak melingkup..harap-harap lepas ni dia la pulak yang melingkup sekali dengan penasihat ekonomi dia tu!

p/s: patut la dulu beriya-iya nak pegang yayasan basmi kemiskinan, nasib baik tak dapat..kalau tak jadi yayasan bagi kemiskinan.

Advertisements

About ikrarpemuda

Ikrar Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Puchong
This entry was posted in Chief Minister Tan Sri Khalid Ibrahim, kewangan PKNS, PKNS, Selangor. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s