>Adakah ini Lelaki Anugerah Tuhan?

>

Ya ke dia? Macam dia ye tak? Berani tak nak buat suruhanjaya untuk siasat? Budak darjah tiga pon boleh cam ye tak? Amacam PAS? Yang dok ternganga dengar ucapan kat Stadium Malawati tu sekarang macamana? Kalau nak cam betol-betol boleh tengok video kat bawah ni. Dah merata dah orang tengok. Anwar check mate kali ni?Pakatan bakal melingkup? Atau mungkin ini adalah hasil dari solat hajat yang PAS dok buat..dan kebenaran pon mula ditunjukkan oleh Allah S.W.T
Advertisements
Posted in Anwar Ibrahim, Pakatan Haram, Pakatan Rakyat, PAS, video seks anwar ibrahim | 4 Comments

>Tan Sri Khalid Ibrahim tokoh Korporat TERBILANG!

>

Di sini kami ingin membidas Sinar Harian di atas tajuk “Gaji Tak Masuk Akal”. Apa pasal tak masuk akal? Ini lah namanya Merakyatkan Ekonomi Rakyat Selangor! Sinar Harian tak tau ke siapa Menteri Besar Selangor? Dia adalah tokoh korporat terkemuka tau? Sebelum-sebelum ini pernah memimpin macam-macam syarikat korporat dan PNB. Laporan-laporan seperti ini tak perlu kerana ia akan memburukkan imej Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, kerana dia lebih tahu apa yang dia buat berdasarkan status tokoh korporat nya itu.
BN juga jangan sibuk-sibuk nak tayang statistik seperti ini kerana itu semua duit mak bapak diorang. Suka hati Khalid lah nak buat apa pon! PAS yang perjuangkan agama Islam tu tak kata apa-apa pon, apa pasal BN nak bising-bising?! PAS yang telus dan penuh kesyumulan tak pernah kritik Tan Sri Khalid dalam isu ini bermakna apa yang dibuat itu adalah di jalan yang benar. Biarlah habis beratus juta sekali pon, lagi pon ini semua untuk rakyat kan?! Tak gitu?
Sori la BN, aku pandai manage PKNS dan Yayasan Selangor, rakyat pon suka kat aku, jangan harap rakyat akan sokong BN heheheh…
Posted in Chief Minister of Selangor, kewangan PKNS, Selamatkan Selangor Darul Ehsan, Selangor State Development Inc., Shukor Idrus | 1 Comment

>Karpal Cadang Tayang Video Seks di Parlimen: Haji Hadi nak tengok ke?

>


Err..Mister Hadi! Mau tengok itu blue filem kaa??
Screen sex video in Parliament, says Karpal

Karpal Singh has called on the authorities to screen the Carcosa sex video in Parliament, as Parliamentary immunity will absolve the MPs from any criminal liability. (Malaysiakini)
Kah kah kah..Karpal ajak semua ahli parlimen tengok video lucah di Parlimen?. Apa wakil rakyat semua takde kerja lain ke? Ada banyak lagi masalah rakyat yang harus diperbincangkan, bodoh punya Karpal. tapi tu lah..Karpal singh ni cakap macam tak pakai otak..nama je lawyer…apsal dia tak mau setuju buat suruhanjaya diraja? Jeng..Jeng..Jeng..

jangan la dengar cakap orang gile ni..buat malu kat negara lain je Parlimen Malaysia asyik buat tempat tonton video seks..dulu dah buat dah tahun 1992. Tapi..kalau jadi pon Haji Hadi dan ulama-ulama PAS ingin ke tengok? Bukan ke Haji Hadi sebagai presiden PAS sendiri dah kata itu fitnah (walaupon belum pernah tengok lagi heheh..)..lagi satu..jatuh la status ulama dia heeheh..

Senang bagi je Polis siasat, lagi pon bukan ke Anwar sendiri dah buat laporan pada Polis. Bermakna dia sendiri sudah percaya itu Polis bukan?
Posted in Haji Hadi, Karpal Singh, Malaysian Politics, Pan Islamic Party of Malaysia, video seks anwar ibrahim | Leave a comment

>Video Seks Anwar: Hipokritnya DAP

>

Bakal jadi Maharaja Lawak!!
Setelah membuktikan betapa hipokritnya DAP di sini, kami sekali lagi ingin memberitahu yang rupa-rupanya sifat hipokrit ini sememangnya adalah antara perangai tegar DAP. Sifat hipokrit DAP jelas ditunjukkan bila berkisar tentang perilaku Anwar. Hal ini didedahkan oleh ahli Parlimen Bebas N. Gobalakrishan dengan menyalahkan DAP apabila mereka pernah mendedahkan video seks Timbalas Speaker D.P Vijandran 22 tahun dahulu.
Tapi bila isu yang sama kena pada Anwar, Lim Guan Eng mengatakan bahawa ini adalah politik longkang.
DAP Practising Double Standards, Says Gobalakrishnan.

Padang Serai MP N. Gobalakrishnan has taken the DAP to task over its stand on the sex video scandal which the party had described as “gutter politics.”

He said the DAP had also been guilty of exposing a video implicating former Dewan Rakyat deputy speaker D.P. Vijandran 22 years ago.

Gobalakrishnan said the DAP was practising double standards with regard to its stand on the Vijandran video and the current scandal involving a woman believed to be a foreign prostitute and a man said to resemble Datuk Seri Anwar Ibrahim in a video recording.

“The DAP exposed Vijandran in a sex video and justified its action in the name of public interest and even asked previous MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu to resign over the issue.

“But now the DAP talks about gutter politics when the sex video implicates Anwar.
Nak kata apa lagi? Nampak sangat mereka ini bukanlah pejuang keadilan semata-mata. Tetapi mereka akan perjuangkan isu yang akan memberi keuntungan politik kepada mereka. Sekarang kita sudah tau belang mereka. Macam ini mahu dilantik menjadi kerajaan? Presiden PAS tempohari berkata, penubuhan siasatan diraja untuk menyiasat video Anwar mengarut dan ianya fitnah, walaupon sebelum-sebelum ini mereka menjerit-jerit mengenai penubuhan siasatan diraja untuk kes Teo Beng Hock, VK Lingam dan lain-lain. PAS dan DAP memang dasar hipokrit dan munafiq!
Posted in Uncategorized | Leave a comment

>Lepas Yayasan Selangor, PKNS pon dah nak melingkup?

>

Aku tokoh korporat, ko nampak surat ni..ni surat aku nak berhenti hehehe…
Khalid..khalid..lepas satu..satu kau jahanamkan negeri Selangor ni. Haritu kau lanyak cukup-cukup duit Yayasan Selangor sampai kering RM60 juta. PKNS pon kau taram jugak. Pegawai PKNS sendiri ada, dia pergi lantik plak orang luar untuk buat kerja yang sama. Masalahnya lagi satu, gaji yang dibayar punya lah mahal, sampai RM93, 000 sebulan hanya untuk pegawai-pegawai baru ni sahaja. Mstar melaporkan:
“Abdul Shukor mempersoalkan mengapa PKNS membayar seorang perunding untuk membuat kerja-kerja berkaitan teks ucapan Pengurus Besarnya dengan bayaran RM7,500 sebulan sedangkan perbadanan itu sudah ada pegawai akhbar dan pegawai perhubungan awam.

Beliau juga mempersoalkan pegawai-pegawai kontrak yang dilantik datang dari syarikat swasta dan mereka tiada pengalaman dalam pelbagai peraturan kewangan kerajaan.

Abdul Shukor menambah, Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Selangor dalam laporannya mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas.”
Kewangan PKNS adalah tidak memuaskan? Apa yang Khalid ni buat sebenarnya ni? Macam ni ke Menteri Besar Pakatan? Asyik melingkup je agensi negeri…kalau macam ni duit tinggi gunung everest pon habis. Lepas ni apa pulak nak melingkup..harap-harap lepas ni dia la pulak yang melingkup sekali dengan penasihat ekonomi dia tu!

p/s: patut la dulu beriya-iya nak pegang yayasan basmi kemiskinan, nasib baik tak dapat..kalau tak jadi yayasan bagi kemiskinan.

Posted in Chief Minister Tan Sri Khalid Ibrahim, kewangan PKNS, PKNS, Selangor | Leave a comment

>Khalifah Guan Eng pujaan PAS: sekelip mata kau berubah

>

mula-mula jadi ketua menteri..naik flight pon kelas ekonomi.
Kami tertarik dengan tulisan therealsarawak berkenaan dengan hipokritnya Lim Guan Eng. Dulu dok berbangga konon naik flight ekonomi. La ni plak dah naik bisnes class.
sekarang dah pandai naik business class..geli kot bersesak-sesak dengan rakyat.
Dia dan papa dia marah kerajaan BN kalau tidak bagi kontrak melalui open tender, tapi depa dok buat jugak kat Penang boleh plak. Projek Wifi di Penang tu depa bagi kat satu company ja. Apa punya turr..
““Guan Eng: No open tender for WiFi project

GEORGE TOWN: Only one public-listed company has come forward to provide free broadband access under the Penang Government’s free WiFi initiative, said Chief Minister Lim Guan Eng.

He said an open tender system was not offered for the project as the state government wanted a reputable company to take charge.

“The company has to be public-listed, so there is some sort of guarantee,” he said when asked why there was no open tender for the project.”
Tapi apa boleh buat, kasih dan sayang PAS sama DAP memang tak pernah terhakis walaupon DAP dok buat benda sama macam dulu dia tuduh BN buat. Kata PAS, itu takpa..sebab geng..
Dah kena dah, DAP hipokrit, PAS munafik.
Posted in DAP, Democratic Action Party, Lim guan eng, Pan Islamic Party of Malaysia, PAS, Penang | Leave a comment

>Antara GTP dan Buku Jingga.

>

Dato Seri Najib mengambil alih tampuk kerajaan ialah pada 3 April 2009. Bermakna sudah hampir 2 tahun Dato Seri mengemudi kerajaan Malaysia. Tahun lepas, Dato Seri melancarkan Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP yang merangkumi beberapa perkara penting. Selepas lebih setahun, GTP telah menghasilkan kejayaan di beberapa hal yang amat penting pada rakyat. Kejayaan ini diperakui bukan sahaja di Malaysia, malah oleh badan-badan antarabangsa.
Pakatan Rakyat pula menang di Selangor (dan beberapa negeri) pada 2008. Sekarang, sudah 3 tahun mereke memerintah di Selangor iaitu lebih lama dari tempoh Dato Seri Najib sebagai PM. Walaupon Pakatan juga ada beberapa visi seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor dan melunaskan janji untuk memberi air percuma kepada rakyat, namun bukan semua rakyat Selangor dapat menikmati air percuma ini. Selain itu, tiada indikator yang jelas menunjukkan kejayaan-kejayaan mereka dalam janji-janji yang telah dibuat, membuatkan ianya hanya retorik semata-mata. Sebaliknya wang-wang kerajaan negeri dan agensi berkaitan kerajaan negeri pula makin menyusut. Laporan audit Yayasan Selangor pula menunjukkan beberapa unsur-unsur salah guna kuasa mengakibatkan agensi itu hilang RM60 juta dalam masa 3 tahun, ditambah pula dengan defisit sebanyak RM7 juta. Kemudian mereka membuat pula janji baru iaitu buku Jingga. Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor langsung tidak ada sebarang wawasan atau visi untuk meningkatkan prestasi ekonomi Selangor. Sebaliknya ceramah-ceramahnya hanya untuk mencaci, dan mengeji Barisan Nasional di samping mempertahankan kes-kes peribadinya sahaja. 
Sebagai rakyat, bagaimana kita hendak mempercayai kepada kerajaan yang belum lagi lunaskan janji-janji dulu dan buka pula janji baru? Lebih-lebih kalau dibandingkan Dato Seri Najib hanya mengambil 2 tahun untuk membuahkan hasil untuk seluruh negara, tetapi Pakatan sudah perintah selama 3 tahun, dan untuk peringkat negeri sahaja, tiada kemajuan dicipta untuk rakyat Selangor. Jadi apa sebenarnya Pakatan buat untuk negeri Selangor?Tepuk dada tanya iman. Berhati-hati dengan saudagar mimpi…
Posted in Chief Minister of Selangor, Dato Seri Najib Tun Razak, Government transformation plan, Pelan transformari kerajaan, Prime Minister of Malaysia | Leave a comment